Pages

Wednesday, June 16, 2010

MAJLIS SERAH TUGAS DARI PENGERUSI LAMA KEPADA PENGERUSI BARU SURAU-SURAU UNTUK TEMPUH 2010 HINGGA 2013

Satu majlis rasmi penyerahan tugas pentadbiran surau-surau dibawah kariah Masjid Al-Rahimah dari Pengerusi lama kepada Pengerusi baru untuk tempuh 2010 hingga 2013 telah diadakan di Masjid Al-Rahimah selepas Solat Isyak pada hari Itnin 7 Jun 2010 bersamaan 24 Jamadilakhir 1431

Alhamdullillah majlis tersebut telah disempurnakan oleh YB Dato'Dr. Hasan Ali Adun Gombak Setia yang merangkap Pengerusi Hal-ehwal Agama Negeri Selangor.

Didalam ucapan semasa merasmikan majlis tersebut beliau telah menyatakan bahawa Negeri Selangor adalah negeri pertama diMalaysia yang memperkenalkan sistem pemantauan surau-surau dan masjid-masjid menggunakan kaedah KPI dengan matlamat menjadikan institusi masjid dan surau diseluruh Selangor institusi contoh didalam perkembangan siasah umah yang meliputi aspek kebersihan, penjanaan minda dan kerohanian, kemasyarakatan serta pembangunan syariat Islam.

Thursday, May 27, 2010

سلامت داتع

السلام عليكم ورحمت الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
سلامت داتع كفد سموا فعونجوع لامن وب مسجد ار رحيمه اين
دهارفكن مندافت منافاْت سفنوهي